Search This Blog

Loading...

Sunday, September 4, 2016

25 ditahan termasuk GRO




Antara GRO yang ditahan. FOTO ihsan PDRM

Nurul Hidayah Bahaudin
nurul.hidayah@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis menahan 25 individu dalam tiga serbuan berasingan Ops Noda di pusat hiburan sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

Serbuan dilakukan Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur itu bermula pada jam 1 pagi hingga 3 pagi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, serbuan pertama dijalankan di Jalan Doraisamy, di sini menahan 11 warga Bangladesh dan seorang lelaki tempatan yang juga pekerja pusat hiburan berkenaan.

"Mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki bekerja sebagai pelayan, tiga wanita pelayan pelanggan (GRO) dan tiga lelaki dipercayai pelanggan, selain seorang lelaki tempatan bekerja sebagai penjaga premis.

"Dalam serbuan di pusat hiburan kedua di Jalan Doraisamy, di sini menahan 10 individu terdiri daripada enam lelaki dan tiga wanita warga Bangladesh terdiri daripada GRO, pekerja dan pelanggan serta seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis," katanya.

Beliau berkata, dalam serbuan ketiga di Jalan Yap Ah Shak, di sini, pihaknya menahan wanita warga Nepal dan lelaki warga India yang juga penari pusat hiburan itu, selain seorang lelaki tempatan yang bekerja sebagai penjaga premis.

"Mereka ditahan kerana melanggar kesalahan Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 55B dan Peraturan 11 (7) akta yang sama," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 September 2016 @ 2:07 PM

No comments:

Post a Comment