Search This Blog

Loading...

Sunday, September 11, 2016

23 terkorban kilang terbakar di Bangladesh


11 September 2016 12:17 AM
kebakaran di Kilang Pembungkusan Tampaco masih belum dapat dikawal

KEBAKARAN di Kilang Pembungkusan Tampaco masih belum dapat dikawal di Tongi, Bangladesh semalam. AFP
DHAKA 10 Sept. – Sekurang-kurangnya 23 orang maut dan 70 cedera kebanyakannya dalam keadaan kritikal apabila satu kebakaran besar berpunca daripada letupan alat pemanas berlaku di sebuah kilang pakaian di sini semalam.
Ketika kejadian, seramai 100 orang sedang bekerja di Kilang Pembungkusan Tampaco di Tongi, kira-kira 20 kilometer di utara Dhaka apabila api mula marak di dalam bangunan ekoran letupan di bilik alat pemanas berkenaan.
Kebakaran juga masih gagal dipadamkan, sekali gus meningkatkan kebimbangan ramai pekerja dikhuatiri terperangkap di dalam bangunan tersebut.
Pegawai polis dari unit industri, Tahmidul Islam berkata, pihaknya dimaklumkan terdapat simpanan bahan kimia di aras bawah bangunan yang mengakibatkan api me­rebak dengan pantas.
Seorang doktor, Parvez Mia ber­kata, kebanyakan mangsa ce­dera akibat melecur.
“Kami telah menghantar mang­sa yang cedera parah ke hospital-hospital di Dhaka,” katanya yang bertugas di Hospital Tongi.
Insiden maut melibatkan industri sering berlaku di Bangladesh antaranya tragedi Plaza Rana yang runtuh pada 2013 dan mengorbankan 1,100 orang.
Kejadian demi kejadian itu menimbulkan persoalan tentang standard keselamatan di kilang-kilang negara ini. – AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/23-terkorban-kilang-terbakar-di-bangladesh-1.381296#sthash.lSGbjNAp.dpuf

No comments:

Post a Comment