Search This Blog

Loading...

Saturday, September 10, 2016

2 lagi mangsa nahas Guar Chempedak meninggal dunia

SABTU, 10 SEPTEMBER 2016 @ 1:19 PM

 Oleh Nur Syazwana Mansor bhnews@bh.com.my

YAN: Dua lagi mangsa kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Guar Chempedak dekat sini, malam tadi, disahkan meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Muhamad Halim Yatim, berkata ia menjadikan bilangan mangsa yang maut kepada enam orang, Beliau berkata, mangsa wanita yang juga penumpang teksi, Oii Lian Choo, 76, meninggal dunia di Hospital Yan pada jam 1.59 pagi tadi manakala penumpang belakang PROTON Iswara, Hajir Ibrahim, 53, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar pagi tadi.

Katanya, tiga mangsa yang maut di tempat kejadian ialah pemandu PROTON Iswara, Ahmad Arif Othman, 27; pemandu teksi, Ooi Guan Seng, 72; dan penumpang tempat duduk hadapan teksi, Tai Cheng Kee, 69, manakala penumpang hadapan PROTON Iswara, Mohamad Azzmi Azizan, 32, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Yan.

Dalam kejadian jam 9.16 malam tadi, sebuah PROTON Iswara dinaiki tiga rakan dalam perjalanan dari Alor Setar menghala Sungai Petani, dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan teksi jenis Nissan Sentra dinaiki tiga individu.

Rempuhan menyebabkan teksi terbabit berpusing dan berlanggar dengan sebuah kereta PROTON Persona di belakangnya. Ketika kejadian, Ahmad Arif yang memandu PROTON Iswara, dalam perjalanan menghantar Hajir untuk pulang beraya sempena Aidiladha di Jelutong, Pulau Pinang, dengan ditemani Mohamad Azzmi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/191538

No comments:

Post a Comment