Search This Blog

Loading...

Friday, September 2, 2016

17 hilang, 11 disahkan mati akibat Taufan Lionrock di Jepun






REUTERS - Kawasan perumahan dilanda banjir lumpur ekoran kejadian hujan lebat ketika Taufan Lionrock melanda bandar Kuji, Jepun kelmarin.

TOKYO – Seramai 17 orang hilang selepas Taufan Lionrock melanda Jepun semalam yang menyebabkan 11 orang mati dan 1,600 lagi terputus hubungan di kawasan terpencil, lapor pihak berkuasa.

“Terdapat 17 orang mangsa tidak dapat dikesan dan disahkan keselamatan mereka. Kami percaya kebanyakan daripada mangsa tersebut terletak di kawasan terpencil selepas jalan dan komunikasi terputus,” ujar jurucakap perbandaran, Yasuyuki Ishiguro.

Beliau menambah, jumlah tersebut termasuk individu yang hilang, manakala sebahagian besar kawasan bandar masih dibanjiri lumpur dan kesan runtuhan.

Dalam bencana tersebut, 10 orang mati di bandar Iwaizumi selepas dinaiki air sungai dan lumpur dengan sembilan daripadanya terkorban di dalam sebuah rumah warga tua.

Sembilan mangsa yang terkorban ditemui pagi kelmarin selepas terperangkap di dalam rumah penjagaan yang dinaiki air, lumpur, pokok dan runtuhan bangunan.

Taufan kuat membawa angin melebihi 160 kilometer sejam itu melanda utara Jepun pada petang Selasa lepas. Hujan lebat yang melanda menyebabkan jalan-jalan dan jambatan musnah atau tersekat.

Bandar Iwaizumi yang diduduki oleh 10,000 orang gagal menerima arahan kecemasan berdekatan kawasan rumah penjagaan tersebut, lapor pihak berkuasa.

Taufan Lionrock turut memusnahkan Hokkaido yang terletak di empat pulau utama Jepun hingga menyebabkan sebahagian besar kawasan dinaiki banjir dengan tiga orang dilaporkan hilang. – AFP



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0902&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz4J3DxvJg0
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment