Search This Blog

Loading...

Wednesday, September 7, 2016

16 terbunuh trak pikap terbabas




Batang (Indonesia): Sekurang-kurangnya 16 orang maut dan 13 cedera selepas trak pikap yang dinaiki mereka terbabas sebelum terbalik di kampung Kebaron di Batang, Jawa Tengah, kelmarin.

Ketika kejadian trak pikap jenis Mitsubishi L300 yang dipandu Samaan, 53, dalam perjalanan membawa penduduk kampung Bentul menuju kampung Amongrogo untuk menghadiri upacara pengebumian.

Ketua Polis Batang, Joko Setiono berkata, ketika kenderaan itu memecut, tayar kanan di bahagian belakang tiba-tiba meletup.

“Kenderaan ini terbabas ke kiri dan melanggar tebing bukit sebelum masuk semula ke kanan sebelum terhumban ke ladang di tepi jalan.

“Kenderaan itu berpusing beberapa kali menyebabkan semua penumpang tercampak keluar,” katanya.

Menurutnya, 16 mangsa disahkan terbunuh dalam kemalangan itu dan 13 lagi masih dirawat di hospital berhampiran.

Jumlah kematian mungkin meningkat kerana sebilangan mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

Tambahnya, polis menyiasat kejadian itu, tetapi memberitahu punca kemalangan mungkin berpunca daripada tindakan pemandu membawa penumpang berlebihan. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2016 @ 7:45 AM

No comments:

Post a Comment