Search This Blog

Sunday, September 4, 2016

15 pekerja gas dan minyak di culik di Nigeria


03 September 2016 10:05 PM

culik

culik
LAGOS 3 Sept. - Seorang lelaki bersenjatakan pistol bertindak menculik 15 pekerja sebuah firma gas dan minyak tempatan, Nestoil di selatan wilayah bergolak, Delta Niger semalam.
Jurucakap polis, Nnamdi Omoni berkata, kesemua mangsa yang merupakan warga tempatan diculik dengan tembakan rambang ke udara oleh lelaki tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Port Harcourt.
“Bas pekerja yang dinaiki oleh 15 pekerja termasuk pemandu di tinggalkan di tepi semak samun berhampiran tempat kejadian, ketika ini pihak polis telah mengepung beberapa lokasi yang dipercayai menjadi sasaran penculik.
“Kejadian seumpama ini bukan sesuatu yang baru kerana penculikan untuk wang tebusan, kami sedang sedaya upaya menyelamatkan mangsa dan menangkap suspek berkenaan,” katanya.
Penculikan untuk wang tebusan merupakan antara jenayah popular yang dilakukan oleh puak pemberontak di beberapa bahagian Nigeria sejak awal tahun 2000.
Rata-rata yang diculik merupakan warga asing yang bekerja atau melancong, kumpulan iitu mendakwa mereka mahu segala kekayaan hasil gas dan minyak dipulangkan kembali kepada rakyat yang hidup dalam kemiskinan di negara itu.
Bulan lalu, dua warganegara China diculik berhampiran pusat bandar Abuja sebelum dilepaskan tidak sampai 24 jam, namun demikian tidak dapat dipastikan adakah wang tebusan sudah di bayar kepada kumpulan pemberontak. -AFP
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/15-pekerja-gas-dan-minyak-di-culik-di-nigeria-1.378092#sthash.ckMiPVHj.dpuf

No comments:

Post a Comment