HALIMAH AWANG
Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, Halimah Awang (gambar), 66, yang duduk di kerusi penumpang hadapan maut ketika mendapat rawatan di Hospital Lipis manakala anaknya yang juga pemandu kereta tersebut, Mazura Muhamad, 38, cedera parah.
Dua anak Mazura iaitu Airiel Aizat Azizan, 10, dan Aidil Aiman, 14, turut mengalami kecede­raan parah di bahagian kaki dan kepala manakala suami Halimah, Muhamad Awang Ya, 64, cedera di bahu.
Pemangku Ketua Polis daerah, Deputi Superintenden Ab. Rashid Mat Daud berkata, kejadian itu berlaku ketika keluarga tersebut dalam perjalanan pulang dari Pasir Puteh, Kelantan ke rumah mereka di Ulu Dong, Raub dekat sini.
“Siasatan awal percaya kereta dinaiki mereka terbabas ke bahagian kiri jalan lalu terjunam ke dalam parit dan terbalik,” katanya di sini hari ini.