Search This Blog

Wednesday, August 24, 2016

Wanita mati dibaham 100 anjing



Siluvamma

Agensi
New Delhi: Seorang wanita berusia 65 tahun mati dibaham sekumpulan 100 anjing liar yang turut memamah daging tangan dan kakinya ketika dia di pantai berhampiran kediamannya.

Wanita itu, Siluvamma dilaporkan berjalan di tepi pantai di Pulluvila, Kerala, apabila diserang anjing berkenaan.

Anak lelakinya Selvan berusaha menyelamatkan ibunya tetapi turut diserang menyebabkan dia terpaksa terjun ke laut untuk menyelamatkan diri.

“Saya gagal menyelamatkan ibu. Ibu pergi ke pantai waktu malam. Apabila dia tidak pulang ke rumah, saya keluar mencarinya.

“Saya terkejut melihat dia diserang lebih 100 anjing liar. Seluruh badannya berlumuran darah,” katanya kepada pemberita.

Menurut Selvan, dia dan beberapa penduduk berjaya mengusir anjing berkenaan namun ibunya mengalami kecederaan parah.

Wanita itu dikejarkan ke hospital tetapi meninggal dunia dalam perjalanan, lapor akhbar The Hindu.
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Ogos 2016 @ 7:21 AM

No comments:

Post a Comment