Search This Blog

Friday, August 5, 2016

Ugut bunuh isteri sendiri



Mahkamah Majistret menjatuhi hukuman penjara lima bulan terhadap seorang buruh binaan atas kesalahan menumbuk dan mengugut bunuh isterinya di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Perbuatan kejam seorang buruh binaan yang menumbuk perut dan mengugut untuk membunuh isterinya sendiri pada Jun lalu berbalas apabila dia dihukum penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh Nasser Adli, 46, selepas dia mengaku salah atas dua pertuduhan yang disabitkan ke atasnya.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mencederakan isterinya seorang warga Filipina Susana Cabrera Gato, 48, dengan menumbuk perut dan pinggang menggunakan tangan.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan.
Nasser turut didakwa mengugut dengan mengeluarkan kata-kata bunuh pada mangsa sama dengan hendak menyebabkan ketakutan yang merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4GPWhEnAR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment