Search This Blog

Sunday, August 7, 2016

Tukar anak 6 tahun 
dengan kambing


Budak dipaksa kahwin dengan warga emas
07 Ogos 2016 12:06 AM


Seorang kanak-kanak pe­rempuan Afghanistan ber­umur enam tahun dipaksa berkahwin dengan seorang lelaki berusia 55 tahun selepas bapanya didakwa menjual budak itu sebagai pertukaran dengan seekor kambing, beras, teh, minyak dan gula.
Mail Online melaporkan, pe­ngantin lelaki bernama Seyed Abdolkarim dan bapa budak itu telah ditahan polis selepas ahli keluarga kanak-kanak berkenaan yang prihatin melaporkan kejadian tersebut kepada biro hak asasi wanita tempatan.
Menurut bapa kanak-kanak pe­rempuan yang dinamakan sebagai Gharibol itu, dia dan keluar­ganya amat terdesak memerlukan makanan.
Katanya, dengan menjual mangsa, dia dapat meringankan beban hariannya.
Selepas dikahwinkan, Seyed dilapor membawa budak perempuan itu ke rumah saudaranya di Firozkoh, wilayah Ghor dengan berpura-pura kanak-kanak tersebut adalah anak perempuannya.
Ahli keluarga mangsa juga bimbang, Seyed telah meniduri kanak-kanak tersebut.
Sementara itu, imej yang di­siarkan portal berita The Observer menunjukkan beberapa wanita memukul bapa kanak-kanak tersebut ketika ditahan.
Biro hak asasi wanita bertanggungjawab juga dilapor sedang menguruskan perceraian budak itu, manakala bapanya dilucutkan hak menjaga mangsa.
Budak perempuan itu kini dilapor tinggal bersama ibunya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/luar-negara/tukar-anak-6-tahun-8232-dengan-kambing-1.367331#sthash.fagqaZoK.dpuf

No comments:

Post a Comment