Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 10, 2016

Tujuh pelajar kolej swasta ditahan edar dadah




Mohammad AZLIN (dua dari kiri) menunjukkan ketulan mampat ganja yang dirampas pada sidang akhbar di IPD Subang Jaya semalam.


SUBANG JAYA – Polis menahan tujuh pelajar kolej swasta termasuk enam warga asing selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah ini dalam dua serbuan berasingan di Jalan SS14 dan Jalan SS12 di sini, Khamis lalu.
Dalam serbuan pertama pada pukul 3 petang itu, tiga suspek berusia lingkungan 21 hingga 23 tahun ditahan ketika sedang ber­urusan untuk melakukan urus niaga berkaitan dadah di belakang but kereta Ford Fiesta milik salah seorang suspek.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, hasil pemeriksaan di bahagian but kereta suspek menemui empat ketulan mampat disyaki dadah jenis ganja yang disembunyikan di dalam sebuah beg.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm#ixzz4GtrmiBpG 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment