Search This Blog

Sunday, August 7, 2016

Tiga maut HRV jatuh longkang di Puchong

AHAD, 7 OGOS 2016 @ 1:03 PM

Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bh.com.my


Seorang lelaki yang juga pemandu serta dua wanita termasuk seorang yang mengandung terbunuh selepas HRV yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke longkang di Taman Puchong Utama, pagi tadi.


 SUBANG JAYA: Seorang lelaki dan dua wanita terbunuh apabila kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HR-V, yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke longkang di Taman Puchong Utama, Puchong, di sini, pagi tadi. Dalam kejadian sekitar jam 9.50 pagi, kenderaan terbabit dilaporkan gagal dikawal dan terbabas sehingga tercampak ke dalam longkang di Jalan PU3, Taman Puchong Utama. Difahamkan, mangsa pemandu lelaki dan juga dua wanita termasuk seorang mengandung disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat tercampak keluar dari kenderaan. Setakat ini, mayat semua mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat dan identiti mereka belum dikenal pasti.

Seorang lelaki yang juga pemandu serta dua wanita termasuk seorang yang mengandung terbunuh selepas HRV yang mereka naiki terbabas dan jatuh ke longkang di Taman Puchong Utama, pagi tadi.  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/180756

No comments:

Post a Comment