Search This Blog

Wednesday, August 10, 2016

Tiga anggota polis, seorang lelaki ditahan




Junaidi Ladjana
am@hmetro.com.my


Kota Kinabalu: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah menahan tiga anggota polis dan seorang lelaki kerana dipercayai meminta wang sebanyak RM2,000 bagi tujuan membebaskan seorang lelaki yang tiada pengenalan diri.

Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal dan dua lagi Konstable berusia 25 hingga 29 tahun manakala seorang lelaki berusia 54 tahun ditahan di pejabat SPRM Sabah, Kota Kinabalu.

Tiga anggota polis ditahan semalam manakala lelaki itu ditahan jam 12.50 tengah hari tadi.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk Shaharom Nizam Abdul Manap berkata, pihaknya menerima aduan tiga anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Penampang meminta wang sebanyak RM2,000 daripada seorang lelaki berusia 50-an bagi tujuan membebaskan menantu lelaki terbabit yang tiada dokumen pengenalan diri, semalam.

"Salah seorang suspek kemudiannya menghubungi pengadu dan meminta untuk serahkan wang di pekan Donggongon, Penampang.

"Semua suspek disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya ketika dihubungi hari ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 6:16 PM

No comments:

Post a Comment