Search This Blog

Friday, August 5, 2016

Tauke emas diperdaya perompak


WAJAH suspek yang menyamun rantai emas berjaya dirakam melalui CCTV kedai emas tersebut di Labis semalam.


LABIS – Seorang pemilik kedai emas di sini menyesal tak sudah selepas diperdaya seorang lelaki yang berpura-pura menjadi pelanggan untuk membeli barangan kemas untuk majlis pertunangannya semalam.
Dalam kejadian pukul 1.15 petang itu, Hamdan Kasdu, 57, berkata, ketika kejadian hanya penjenayah itu yang berada dalam kedai sementara empat pekerjanya keluar berehat.
“Lelaki itu cakap dengan saya yang dia mahu membeli rantai tangan emas berharga RM6,000 untuk dijadikan hantaran pertunangan.
“Kemudian, saya terus memberinya dua utas rantai tangan emas untuk dilihat. Namun, secara tidak semena-mena, lelaki berkenaan terus membawa lari barang kemas itu yang bernilai lebih RM10,000.
“Saya bergegas keluar untuk mengejarnya, namun dia berjaya melarikan diri menaiki sebuah motosikal yang diletakkan di hadapan kedai,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.
Menurutnya, wajah suspek berjaya dirakam dengan jelas oleh empat kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di kedai tersebut.
“Ini merupakan kejadian kecurian kali kedua melibatkan kerugian yang besar selepas 10 tahun saya menjalankan perniagaan tersebut,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Labis di sini selepas kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd. Kamil Sukarmi berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm#ixzz4GPX4Fmud 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment