Search This Blog

Loading...

Sunday, August 28, 2016

Seorang maut kereta langgar lori kontena




Kereta yang terbabit kemalangan dengan lori kontena di Jalan Kemuning, Gadek, 1.30 tengah hari tadi. FOTO Mohd Shafik Zainol Abidin

Mohd Shafik Zainol Abidin
am@hmetro.com.my

Alor Gajah: Seorang maut, dua parah dan dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta dengan lori kontena di Jalan Kemuning, Gadek, 1.30 tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan A Asmadi Abd Aziz berkata, Proton Perdana terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh.

"Siasatan awal mendapati kereta itu memasuki laluan bersebelahan dan berlanggar dengan lori kontena dari arah bertentangan.

"Semua mangsa berasal dari Felda Serting, Negeri Sembilan, dalam perjalanan ke Shah Alam, Selangor untuk bekerja semula selepas pulang ke kampung untuk melawat keluarga," katanya.

Semua mangsa dibawa ke Hospital Alor Gajah (HAG) dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Ogos 2016 @ 7:38 PM

No comments:

Post a Comment