Search This Blog

Loading...

Monday, August 8, 2016

Seorang lagi suspek cuba samun stesen minyak ditahan

AYAH ISNIN, 8 OGOS 2016 @ 4:32 PM

 Oleh Nor Azizah Mokhtar bhnews@bh.com.my

KETUA Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif. - Foto Azhar Ramli

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki dipercayai pemilik pistol yang digunakan dalam cubaan samun sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang di sini, petang semalam. Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan pada jam 11.30 malam tadi di hadapan sebuah kedai serbaneka 24 jam di Setapak di sini, susulan soal siasat ke atas suspek samun yang ditangkap orang ramai di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata tangkapan itu dilakukan susulan dakwaan suspek pertama bahawa pistol jenis Revolver yang digunakan untuk melakukan samun itu dipinjamkan seorang rakannya. "Semakan mendapati suspek kedua itu mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan dadah dan pemilikan senjata berjadual.

"Nombor siri pistol itu didapati sudah dikikis dan kita sedang cuba mendapatkan semula nombor siri senjata berkenaan yang kini berada di makmal forensik," katanya pada sidang media di sini, tadi. Menurut Mohamad Roy, dalam cubaan samun kira-kira jam 6 petang, suspek meluru masuk ke kaunter pembayaran di dalam stesen minyak dan mengacukan pistol ke arah seorang pekerja warga Bangladesh di situ dan mengugutnya untuk menyerahkan satu balang berisi wang tunai.

"Bagaimanapun, pekerja di situ enggan memberi kerjasama menyebabkan suspek hilang sabar dan cuba merampas balang mengandungi wang hasil jualan kad pra bayar berjumlah RM350 sebelum berlaku pergelutan antara mereka. "Pada masa sama, dua rakan sekerja mangsa yang juga warga Bangladesh menerkam suspek dari belakang menyebabkan suspek melepaskan tiga das tembakan dengan sedas terkena pinggang kiri salah seorang pekerja," katanya lagi.

 Beliau berkata, akibat pergelutan itu juga, suspek patah kaki kiri dan berjaya ditangkap dengan bantuan orang awam. Kedua-dua suspek dan mangsa yang cedera kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Katanya lagi, mahkamah mengeluarkan perintah tahanan reman selama tujuh hari ke atas suspek pertama, manakala rakannya direman tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api 1971.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/181107

No comments:

Post a Comment