Search This Blog

Friday, August 5, 2016

Sekali kopak empat tabung



RUSMAN menunjukkan salinan laporan polis dan gambar suspek di Masjid Mukim Kadok, Kota Bharu.

Rosliza Mohamed
am@hmetro.com.my


Kota Bharu: Lagaknya seperti hendak menunaikan solat sunat Dhuha di Masjid Mukim Kadok, di sini, apabila lengkap berpakaian menutup aurat dan berkopiah.

Namun niat sebenar lelaki berusia 40-an itu adalah untuk mendapatkan duit empat tabung yang terletak dalam masjid itu termasuk di ruang solat Muslimat.

Selepas memperoleh kira-kira RM1,000, lelaki itu kemudiannya meninggalkan duit syiling bertaburan di dalam masjid terbabit.

Kejadian berlaku pada jam 7.39 pagi kelmarin dan disedari anak Tok Siak masjid itu, Atiqullah Mohamad, 19, pada jam 9.30 pagi.

Bilal masjid, Rusman Ismail, 49, berkata, lelaki berkenaan dipercayai melakukan perbuatan itu dalam tempoh 30 minit saja sebelum Atiqullah menyedarinya apabila masuk untuk membersihkan dalam masjid.

No comments:

Post a Comment