Search This Blog

Wednesday, August 10, 2016

Pukul isteri, ancam bunuh anak


BERNAMA
Johor Bahru: Seorang pekerja kedai perabot ditahan polis Ahad lalu, kerana dipercayai sering memukul dan mengugut membunuh isteri serta anggota keluarganya yang lain.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Supt Nor Hashim Mohamed berkata, lelaki berusia 30 tahun itu ditahan di rumahnya di Taman Damai Jaya, Iskandar Puteri, kira-kira 9.15 malam, selepas isterinya yang berusia 29 tahun membuat laporan polis pada Sabtu malam, berikutan tidak tahan dengan sikap suaminya itu.

Menurutnya, turut dirampas daripadanya sebilah pisau yang digunakan suspek untuk mengugut isteri dan anggota keluarga

"Sebelum itu, mangsa bertengkar dengan suaminya menyebabkan dia dipukul dengan tangan di bahagian badan.

"Anaknya turut mengalami nasib sama dan ibu mangsa pula dimarahi. Suspek bertindak demikian kerana menuduh mangsa mempunyai hubungan dengan lelaki lain," katanya.

Menurut Nor Hashim, wanita berkenaan mendakwa suaminya kaki mabuk dan pernah menggugut membunuh mereka sekeluarga, malah pernah meletakkan pisau pada leher anak dan mengugut mahu membuang anaknya ke dalam sungai.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 8:18 PM

No comments:

Post a Comment