Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 10, 2016

Polis Mesir dilarang beri maklumat kepada media

RABU, 10 OGOS 2016 @ 10:06 AM

 Pegawai-pegawai Mesir yang melanggar undang-undang baharu itu boleh berdepan hukuman penjara yang tidak ditentukan dan denda hingga AS$2,252 (RM9,000). - Foto EPA


KAHERAH: Parlimen Mesir meluluskan undang-undang yang akan melarang polis daripada memberikan maklumat kepada media tanpa kebenaran kerajaan. Bagaimanapun, langkah itu disifatkan pengkritik sebagai cubaan untuk terus menutup penyalahgunaan kuasa dan rasuah di peringkat tertinggi.

Pindaan undang-undang pihak berkuasa polis, yang diluluskan Parlimen semalam akan menghalang pegawai polis daripada memberikan maklumat atau menerbitkan apa-apa dokumen, laporan atau foto yang berkaitan dengan kerja mereka tanpa kebenaran bertulis daripada Kementerian Dalam Negeri.

Pegawai-pegawai yang melanggar undang-undang baharu itu boleh berdepan hukuman penjara yang tidak ditentukan dan denda hingga AS$2,252 (RM9,000). Pada Februari lalu, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi mengarahkan Menteri Dalam Negeri untuk membersihkan penyalahgunaan kuasa polis dan mengemukakan cadangan kepada Parlimen bagi mencapai matlamat ini.

 Ia susulan insiden seorang pegawai polis berpangkat rendah menembak mati seorang pemandu selepas satu pergaduhan yang membangkitkan kemarahan orang ramai. Dalam pada itu, pengkritik melihat pindaan itu direka untuk menutup salah laku peringkat tertinggi.

 "Undang-undang ini adalah satu lagi contoh usaha berterusan kerajaan melemahkan ketelusan yang amat diperlukan bagi memastikan sebuah negara moden berfungsi dengan baik," kata seorang ahli akademik di Institut Tahrir Dasar Timur Tengah, Timothy Kaldas. "Pelan untuk mengetatkan lagi penyebaran maklumat akan memburukkan lagi keraguan sedia ada terhadap integriti sebarang kenyataan kerajaan.

" Pindaan ini juga menuntut pegawai polis untuk menghormati hak asasi manusia. Kumpulan hak asasi manusia dan peguam sekian lama menyatakan bantahan terhadap apa yang dipanggil budaya bebas daripada hukuman dalam kalangan pegawai di Mesir dan mendakwa keganasan polis agak berleluasa. - Agensi

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/181662

No comments:

Post a Comment