Pengkritik berkata, keganasan yang dilakukan bagi melindungi lembu yang dianggap sebagai haiwan suci oleh majoriti penganut Hindu dilaporkan semakin meningkat sejak Modi memegang kuasa pada 2014.
Beratus-ratus orang ditahan di barat India pada bulan lalu apabila protes terhadap empat penduduk kampung kasta rendah yang menyembelih lembu untuk mengambil kulitnya bertukar ganas.
Modi turut meminta kerajaan negeri menyiasat mereka yang terlibat dengan serangan tersebut dan menggesa orang ramai mengambil tindakan terhadap pelaku.
Beliau meramalkan 70 hingga 80 peratus daripada mereka yang terlibat merupakan golongan anti-sosial dan cuba menyamar sebagai pelindung lembu untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.
Kenyataannya itu merupakan komen pertama Modi mengenai serangan tersebut selepas beliau kerap menerima kritikan selepas dituduh gagal melindungi penganut agama minoriti di negara ini.
Sekurang-kurangnya lima lelaki Islam dibunuh oleh perusuh Hindu tahun lalu semata-mata kerana disyaki makan daging lembu atau terlibat dengan penyeludupan lembu di negara ini. – AFP