Search This Blog

Sunday, August 28, 2016

Penganggur ditahan ragut RM18,950


NURAINA HANIS ABD. HALIM  |  28 Ogos 2016 8:20 PM
jenayah

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Seorang penganggur berputih mata selepas ditangkap orang ramai kerana meragut beg seorang wanita yang baru mengeluarkan wang RM18,950 bagi membayar gaji pekerjanya daripada sebuah bank di Jalan Kajang Perdana, Kajang dekat sini pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang itu, suspek dipercayai meragut beg tangan mangsa berusia 25 tahun yang baru keluar dari keretanya di hadapan sebuah premis perniagaan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, suspek berusia 23 tahun ditahan dengan bantuan orang awam yang mengejarnya selepas meragut beg tangan mangsa.
“Seorang lelaki warga Bangladesh telah mengejar lelaki tersebut dan menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis.
“Lelaki terbabit turut menyerahkan beg tangan milik mangsa yang turut mengandungi telefon bimbit jenis Lenovo, dompet dan dokumen peribadi kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tambah Othman, suspek kini direman enam hari sehingga 1 September ini. - UTUSAN ONLINE
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jenayah/penganggur-ditahan-ragut-rm18-950-1.375859#sthash.fDGP1Bzn.dpuf

No comments:

Post a Comment