Search This Blog

Monday, August 8, 2016

Pemandu lori mati ditetak




MAYAT Salman Raja ditemui di tepi jalan Taman Angsamas malam tadi. FOTO ihsan pembaca

Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
am@hmetro.com.my


Seremban: Seorang pemandu lori berusia 36 tahun maut akibat ditetak di leher serta kepala, manakala rakannya berusia 39 tahun parah dalam kejadian di Taman Angsamas, Mambau di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun berkata, mayat Salman Raja Abdullah, 36, dan rakannya ditemui orang awam di tepi jalan di taman itu.

Katanya, pihaknya yang menerima maklumat jam 8.25 malam mengerahkan sepasukan anggota ke lokasi.

"Sehubungan kejadian, polis berjaya mencekup empat individu termasuk suspek utama di sekitar daerah ini dan Port Dickson.

"Siasatan awal mendapati punca disebabkan pergaduhan antara sekumpulan lelaki dan mangsa," katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Ogos 2016 @ 1:07 PM

No comments:

Post a Comment