Search This Blog

Wednesday, August 10, 2016

Pemandu GrabCar disamun penumpang



BERNAMA
Kuala lumpur: Dua lelaki yang menaiki sebuah teksi 'GrabCar' menyamun pemandunya di Taman Sri Jelok, Kajang, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, kejadian berlaku kira-kira 1 pagi ketika pemandu berusia 27 tahun itu mengambil kedua-dua lelaki berkenaan di Ampang sebelum menghantar mereka ke satu kawasan di Kajang.

"Berlaku pergelutan antara mangsa dan kedua-dua lelaki itu mengakibatkan pemandu cedera di muka dan kepala.

"Kedua-dua suspek bagaimanapun berjaya ditahan orang ramai tidak jauh dari lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata kedua-dua suspek yang berusia 39 tahun kini direman untuk disiasat lanjut.

"Kedua-duanya mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 8:43 PM

No comments:

Post a Comment