Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 10, 2016

Pelancong China bunuh wanita di resort safari Kenya

RABU, 10 OGOS 2016 @ 11:07 AM

NAIROBI: Seorang pelancong China menikam mati seorang wanita dan mencederakan suaminya selepas pasangan itu enggan mengosongkan meja di sebuah pusat peranginan safari mewah di Kenya, kata polis semalam. Insiden di Keekorok Lodge, Masai Mara, dekat barat daya Kenya, terjadi ketika pasangan warga China itu sedang makan malam.

Penyerang dikenali sebagai Lee Changqin, dikatakan meminta mereka meninggalkan meja, menyebabkan berlaku pertengkaran, sebelum menikam kedua-duanya di dada. Ketua Polis Daerah Rift Valley, Gideon Kibunjah, berkata pelancong itu ditangkap dan disoal siasat sebelum dituduh di mahkamah.

 "Wanita itu meninggal dunia ketika dirawat di hospital manakala suaminya masih dirawat di hospital. Lelaki itu kini dalam tahanan polis," kata Kibunjah kepada AFP melalui telefon. - Agensi


 Insiden di Keekorok Lodge, Masai Mara, Nairobi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/181685

No comments:

Post a Comment