Search This Blog

Loading...

Friday, August 5, 2016

Pelajar lebam dibelasah senior


NUR ELISA lebam seluruh badan selepas dibelasah seniornya di sebuah sekolah dekat Selising Selasa lalu.


PASIR PUTEH – Akibat perselisihan faham di laman sosial WeChat seorang pelajar perempuan tingkatan empat lebam seluruh badan selepas dipercayai dibelasah seorang pelajar senior dalam tandas di sebuah sekolah di Selising, Selasa lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Nur Elisa Aikal Mohd. Zulazamani, 16, dikatakan telah dipukul pelajar perempuan tingkatan lima.
Lebih malang, mangsa turut diraba dalam kejadian itu selain kainnya diselak dan perbuatan itu dirakam pelajar lain sebelum disebar dalam kalangan mereka.
Difahamkan, semasa kejadian terdapat 10 pelajar termasuk suspek yang berada di tandas terbabit tetapi hanya suspek sahaja yang memukulnya.
Menurut ibu saudara mangsa, Shamsilawati Che Daud, 36, anak saudaranya itu tidak pernah bercakap mahupun bertegur dengan suspek yang merupakan pelajar tingkatan lima di sekolah yang sama.
“Semasa kejadian Nur Elisa bersama dua rakannya ingin ke bilik guru sebelum disapa pelajar berkenaan untuk berjumpa di tandas.
“Ketika di dalam tandas, pelajar tersebut terus menyerang dan memukul Nur Elisa bertubi-tubi pada seluruh badan,” dakwanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
nur ELISA lebam seluruh badan selepas dibelasah seniornya di sebuah sekolah dekat Selising Selasa lalu.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_06.htm#ixzz4GPWyPvaB 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment