Search This Blog

Loading...

Thursday, August 11, 2016

Pamer Plat Motosikal Palsu, Penjual Nasi Lemak Didenda RM5,000


Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2016 8:33 PM

KUALA LUMPUR: Gara-gara mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikal miliknya, seorang penjual nasi lemak didenda RM5,000 atau penjara tiga bulan oleh Mahkamah Trafik di sini, Khamis.
Majistret Noorul Fhaiez Mohd Nayan menjatuhkan hukuman itu terhadap Kamarul Affindi Amri, 26, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mempamerkan nombor pendaftaran palsu pada motosikalnya bagi tujuan memperdaya di Jalan Ampang, di sini, pada 11 malam, Rabu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) yang membawa hukuman denda maksimum RM20,000 atau dipenjara tidak lebih lima tahun.
Terdahulu, Pegawai Pendakwa Trafik ASP Abdullah Said memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu supaya dikenakan denda yang ringan dengan alasan ayahnya sedang sakit.
Mengikut fakta kes, sepasukan polis dalam Op Kesan Nombor Pendaftaran Palsu menahan sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC bernombor pendaftaran WQM 3020 dalam keadaan mencurigakan. 
Selepas semakan dilakukan melalui alat aplikasi pintar EMMS 'mobile CAD' mendapati nombor pendaftaran asal motosikal tersebut adalah WUT 5374.  -- Bernama

No comments:

Post a Comment