Search This Blog

Thursday, August 11, 2016

Padah tukar wang dengan lelaki Afrika | Harian Metro

Padah tukar wang dengan lelaki Afrika | Harian Metro:

Kuala Lumpur: seorang ahli perniagaan hartanah memperoleh keuntungan besar melalui pertukaran wang tidak kesampaian apabila disamun empat lelaki Afrika di Jalan Damai, Jalan Tun Razak, Khamis lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, mangsa berusia 36 tahun itu melaporkan kerugian AS$250,000 selepas membawa wang berkenaan menemui seorang lelaki Afrika yang menjanjikan pertukaran wang kepada ringgit Malaysia dalam jumlah lebih besar berbanding biasa.
"Suspek membawa mangsa ke suatu tempat dengan alasan untuk melakukan pertukaran wang tetapi tiba-tiba datang tiga lagi lelaki Afrika bersenjatakan parang yang menyerang mangsa dan melarikan wang berkenaan," katanya di sini, hari ini.
Rusdi berkata kumpulan penjenayah itu menjanjikan kadar pertukaran lebih besar iaitu RM6 bagi AS$1 berbanding hampir RM4 mengikut kadar ditawarkan pengurup wang dan bank.
Beliau berkata hasil risikan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju membawa kepada penahanan enam warga tempatan iaitu lima lelaki dan seorang wanita berusia antara 36 hingga 60 tahun, dipercayai menjadi orang tengah dalam urusan pertukaran wang itu.
Susulan itu, Rusdi berkata, Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur pada Sabtu lalu, menangkap seorang lelaki Afrika berusia 34 tahun yang dipercayai dalang jenayah itu.
Lelaki itu didapati tidak memiliki pasport dan memasuki negara ini sebagai pelajar serta terbabit dalam lapan kes penipuan menerusi modus operandi sama dengan kerugian RM9 juta sejak tahun lalu.
“Lelaki itu ditahan di Wangsa Maju dan polis turut merampas wang asing iaitu AS$200,074, 17,000 Euro, HK$1,100 dan 3,117,000 Dong (Vietnam) di rumah suspek," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 10:51 PM
'via Blog this'

No comments:

Post a Comment