Search This Blog

Loading...

Friday, August 5, 2016

Mayat rentung ditemui

Oleh MALINDA ABDUL MALIK



ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi penemuan mayat rentung berhampiran bekas tangki takungan air di Taman Muhibbah, Batu Arang semalam.


RAWANG – Satu mayat rentung dipercayai dibakar selepas dibunuh ditemui berhampiran bekas tangki takungan air di Taman Muhibbah, Batu Arang di sini semalam.
Mayat tanpa identiti itu ditemui pada pukul 7.30 pagi oleh seorang individu yang melalui kawasan tersebut untuk pergi ke tempat kerja sebelum bertindak menghubungi polis.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, saksi kejadian terhidu bau busuk ketika melalui jalan itu sebelum melihat api yang membakar satu objek berhampiran bekas tangki takungan air itu.
Bagaimanapun, katanya, sebaik pihak polis tiba di lokasi kejadian mayat berkenaan telah rentung sepenuhnya.
“Setakat ini, pihak kami masih belum dapat menentukan jantina sebenar mangsa ekoran tiada penemuan dokumen di lokasi kejadian.
“Hasil siasatan di lokasi, pihak kami menemui beberapa bahan bukti yang boleh membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0805&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz4GPVuQVK7 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment