Majistret Nor Azizah Yusof menjatuhkan hukuman itu terhadap kesemua pemandu terdiri daripada 10 lelaki dan seorang wanita berusia antara 25 hingga 62 tahun selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.
Mengikut pertuduhan yang dibacakan secara berasingan, kesemua mereka didakwa memandu kenderaan masing-masing dan telah menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 222, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara pada pukul 5 petang, 22 Mei lalu.
Kesemua tertuduh didakwa mengikut Kaedah 53(1) Kaedah Lalu Lintas Jalan Raya 1959 yang memperuntukkan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak kurang setahun jika sabit kesalahan. - UTUSAN ONLINE