Search This Blog

Sunday, August 28, 2016

Lima sekeluarga maut, kereta bertembung 4WD

JENAYAH AHAD, 28 OGOS 2016 @ 8:59 PM

 Oleh Abdul Rahemang Taiming bhnews@bh.com.my


KEADAAN kenderaan yang remuk dalam kemalangan di Jalan Tunku - Lahad Datu berhampiran Ladang Bagahak, Lahad Datu petang tadi mengakibatkan lima mangsa maut. - Foto ihsan Pembaca


LAHAD DATU: Lima sekeluarga maut termasuk tiga kanak-kanak, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan kereta dan sebuah pacuan empat roda di Kilometer 41, Ladang Bagahak, Jalan Tunku dekat sini, petang tadi.  Difahamkan dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, semua mangsa yang menaiki Proton Saga FLX dalam perjalanan dari arah Tunku menghala ke pusat bandar sebelum tiba di tempat kejadian dan bertembung dengan pacuan empat roda jenis Toyota Prado, yang datang dari arah bertentangan. Ketua Balai Bomba Lahad Datu, Mohamad Afandi Mahamod, berkata pihaknya menerima panggilan jam 2.59 petang sebelum tujuh anggota bersama dua jentera digerakkan ke lokasi kejadian. "Sebaik sampai, empat penumpang didapati tersepit di dalam kereta Proton Saga dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi kanak-kanak berusia antara tiga hingga enam tahun yang parah dikejarkan ke hospital. "Empat lagi penumpang dalam kereta jenis pacuan empat roda Toyota Prado hanya cedera ringan, dikeluarkan oleh orang awam," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. Katanya, seorang kanak-kanak yang cedera parah difahamkan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.  "Bagaimanapun, setakat ini  identiti semua mangsa belum dapat dikenal pasti," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad mengesahkan kejadian itu.

ANTARA mangsa yang maut dalam kemalangan di Jalan Tunku - Lahad Datu, petang tadi. - Foto ihsan Pembaca

KEADAAN kenderaan yang remuk dalam kemalangan di Jalan Tunku - Lahad Datu berhampiran Ladang Bagahak, Lahad Datu petang tadi mengakibatkan lima mangsa maut. - Foto ihsan Pembaca «»  

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/187610

No comments:

Post a Comment