Maimon Abdul Samad
Kejadian mengerikan itu berlaku kira-kira pukul 6.30 petang dengan kepala mangsa, Maimon Abdul Samad, 76, diletakkan di pintu depan rumah dan tubuh mangsa dibiarkan di ruang dapur bawah sinki.
Remaja berusia 19 tahun itu yang dipercayai mempunyai masalah mental dipercayai melakukan perbuatan kejam itu bersendirian dengan kaki serta tangan mangsa turut dipotong.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Rahmat Othman berkata, kedua-dua kaki dipotong di bahagian paha tetapi tidak putus, manakala hanya tangan kiri mangsa sahaja yang masih berada di sisi tubuh mangsa.
“Senjata yang digunakan ialah sebilah pisau empat hingga tujuh inci panjang yang dijum­pai di dalam pasu bunga di luar rumah.
“Suspek yang melarikan diri memasuki ladang sawit berhampiran bagaimanapun berjaya ditahan polis dengan bantuan penduduk kampung pada jam 8.30 malam ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.
Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.