Search This Blog

Wednesday, August 10, 2016

Helikopter terhempas: Tujuh maut termasuk bayi


9 OGOS 2016
Helikopter terhempas: Tujuh maut termasuk bayi

Helikopter terhempas: Tujuh maut termasuk bayi
NUWAKOT - NEPAL. Sebuah helikopter terhempas di lereng bukit semalam dan mengorbankan tujuh nyawa termasuk seorang bayi yang baru dilahirkan, kata pegawai.

Helikopter milik Fishtail Air membawa enam penumpang ketika terputus hubungan dengan menara kawalan 30 minit selepas berlepas dari Gorkha.

Antara yang terbunuh adalah seorang wanita yang mengalami komplikasi selepas bersalin, bayinya yang berusia lima hari serta kedua mertuanya.

Menurut saudara mangsa dipetik myrepublica.com,  Priti Gurung terpaksa dikejarkan ke hospital dengan helikopter selepas mengalami deman panas dan pendarahan tanpa henti selepas bersalin.

"Kami terpaksa menyewa helikopter dan terpaksa meminjam wang Rs120,000 (RM7,222) bagi membawanya ke Kathmandu bagi menerima rawatan." katanya.

Difahamkan suami mangsa bekerja di Malaysia.

Penduduk setempat memaklumkan kepada pihak berkuasa selepas melihat asap tebal dari lereng bukit kira-kira 12 kilometer di utara ibu negara

"Ada lima dewasa dan seorang bayi di dalam helikopter bersama juruterbang," kata jurcakap Fishtail, Ramesh Shiwakoti kepada AFP.

"Tiada mangsa yang terselamat. Kami tidak dapat memberikan punca kemalangan selagi siasatan selesai," katanya

Sementara itu, Ketua Daerah Bishnu Prasad Pokhrel berkata pasukan penyelamat yang terdiri daripada tentera dan polis berjaya sampai ke lokasi nahas.

"Anggota keselamatan berusaha mengeluarkan mayat mangsa," katanya.

No comments:

Post a Comment