Search This Blog

Loading...

Thursday, August 11, 2016

Guru kritikal kena kencing tikus


Ibu mangsa, Maznah Ismail, 59, menunjukkan gambar Mohd. Yusri yang dijangkiti penyakit kencing tikus ketika ditemui di ICU Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang guru mata pelajaran Sains yang dijangkiti penyakit leptospirosis atau kencing tikus dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.
Guru lelaki di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tunku Seri Indera Putera di Ayer Hitam dekat sini, Mohd. Yusri Yaccob (gambar kecil), 42, mengalami pendarahan otak dan kegagalan fungsi beberapa organ utama iaitu buah pinggang, hati, jantung dan paru-paru.
Menurut isteri mangsa, Nuri Yana Omar, 41, suaminya me­ngalami demam dan muntah sejak 29 Julai lalu dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta.
“Namun, keadaannya semakin teruk menyebabkan saya terus membawanya ke Hospital Jitra dua hari kemudian sebelum dipindahkan ke HSB kerana disyaki mengalami masalah jantung,” katanya ketika ditemui di pekara­ngan ICU HSB di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4H1sraC3C 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment