Search This Blog

Thursday, August 11, 2016

Enam kenderaan rosak dilanggar bas kilang

11/08/2016 6:01pm



Keadaan kemalangan yang menyebabkan enam kenderaan lain rosak.


SHAH ALAM - Gara-gara brek sebuah bas kilang tidak berfungsi, enam kenderaan lain rosak teruk dilanggar bas berkenaan dalam satu kemalangan di Persiaran Jubli Perak berdekatan sebuah kilang gula di sini petang tadi.
Kejadian yang berlaku kira-kira pukul 2.50 petang itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa, namun berlaku kesesakan hampir tiga kilometer dari Jalan Subang menghala ke Persiaran Jubli Perak.
Selain bas kilang berkenaan, enam lagi kenderaan yang rosak ialah tiga buah kereta, sebuah kenderaan pacuan empat roda, sebuah lori dan sebuah van.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian itu berlaku apabila bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan akibat masalah brek sebelum melanggar dua buah kenderaan di hadapannya.
"Akibat rempuhan itu, dua buah kenderaan itu kemudiannya menggelonsor ke hadapan dan telah melanggar empat buah kenderaan lain.
"Kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah pun dialihkan dan lalu lintas kembali lancar setelah lebih sejam berlaku kesesakan teruk,"katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0811&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz4H1mvkIUh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment