Search This Blog

Monday, August 8, 2016

Duterte ikrar terus tembak mati penjenayah dadah


GAMBAR fail pada 25 Jun lalu menunjukkan mayat seorang lelaki yang ditembak mati dalam operasi membanteras jenayah dadah di Manila.- AFP


MANILA – Presiden Filipina, Rodrigo Duterte menegaskan bahawa beliau akan terus mengekalkan arahan menembak mati pengedar dadah di negara itu.
Katanya, beliau tidak akan mempeduli kecaman daripada badan pertubuhan hak asasi manusia dalam usaha bagi membanteras masalah dadah di negara tersebut.
Pada masa kini kira-kira 800 orang dikatakan telah ditembak mati sejak Duterte memenangi pilihan raya pada Mei lalu.
“Kempen menembak mati akan kekal sehingga ke hari terakhir saya meme­gang jawatan (Presiden) ini, jika saya masih hidup,” kata lelaki berusia 71 tahun itu pada sidang akhbar di selatan Davao iaitu bandar kelahirannya.
“Percayalah, saya tidak peduli dengan kecaman hak asasi manusia,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Presiden semalam.
Beliau turut mengulangi bahawa pe­gawai kerajaan yang menggunakan jawatan mereka dengan terbabit dalam jenayah dadah sehingga menyebabkan banyak kematian akan menjadi ‘ke­utamaan’ dalam senarai untuk dibunuh.
Beliau turut menawarkan ‘jaminan peribadi’ kepada anggota tentera dan polis yang melaksanakan tugas membunuh penjenayah dadah akan diberikan imuniti daripada sebarang pendakwaan.
Presiden Filipina itu kini dikritik kerana sebilangan daripada 402 suspek yang ditembak mati hanya kerana mereka disyaki tanpa bukti yang kukuh terma- suk daripada agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Menurut polis, tindakan besar-besaran Duterte itu menyebabkan lebih 500,000 orang menyerah diri kepada pihak berkuasa tempatan dan mereka berjanji akan berhenti daripada terbabit dalam aktiviti dadah. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0807&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm#ixzz4GjNiJKjU 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment