Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 10, 2016

Dua sahabat temui ajal serentak

KEADAA N motosikal ditunggang Muhammad Shaffiq dan Muhammad Hakimi selepas bertembung dengan Perodua Viva di Jalan Felda Ketengah Jaya, Dungun kelmarin.


DUNGUN – Dua sahabat maut apabila motosikal yang mereka tunggang bertembung dengan sebuah kereta Perodua Viva dalam satu kemalangan di Jalan Felda Ketengah Jaya di sini kelmarin.
Kedua-dua mangsa, Muhammad Shaffiq Aiman Mohd. dan Muhammad Hakimi Sabri yang ber­usia 15 tahun me­ninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah setelah bertarung nyawa selama lebih 10 jam akibat mengalami kecederaan parah dalam kemalangan tersebut.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang itu, dua sahabat terbabit yang merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah berhampiran terlibat dalam kemalangan apabila motosikal mereka bertembung dengan sebuah kereta Pero­dua Viva.
Ketua Polis Daerah, Su­perin­tendan Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi berkata, kedua-dua mangsa yang menaiki motosikal jenis Yamaha Sport dipercayai dalam perjalanan pulang dari sekolah sebelum bertembung dengan kereta terbabit yang dipandu oleh seorang pengurus restoran yang berusia 30-an.
“Kemalangan tersebut dipercayai berlaku apabila motosikal terbabit yang dari arah Felda Kerteh 6 telah memasuki laluan bertentangan sebelum ber­tembung dengan kereta berkenaan yang menuju ke Bandar Kete­ngah Jaya,” katanya di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm#ixzz4GtsN4tzP 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment