RAWANG - Dua individu dilaporkan rentung dalam sebuah kemalangan yang berlaku di Kilometer 447.7‎ Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Rawang-Hospital Sungai Buloh jam 8.23 malam tadi.

Kemalangan melibatkan sebuah bas ekspres dipercayai membawa 15  penumpang melanggar belakang sebuah kereta Proton Aeroback‎ sebelum terbakar.

Mangsa yang rentung adalah penumpang dan pemandu kereta tersebut.

Sementara penumpang dan pemandu bas dilaporkan selamat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, identiti mangsa yang rentung belum di kenal pasti.

"Operasi masih dijalankan bagi mengeluarkan mangsa.

"Seramai 14 anggota melibatkan tiga jentera terlibat dalam operasi itu," katanya.