Search This Blog

Sunday, August 7, 2016

Dua Rentung Kemalangan Kereta Dan Bas


Diterbitkan: Sabtu, 6 Ogos 2016 10:38 PM

PETALING JAYA: Dua rentung dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira Aeroback dan bas ekspress di KM447 Lebuhraya Utara Selatan menghala Kuala Lumpur.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, kemalangan berlaku pada kira-kira pukul 8.15 malam Sabtu.
Difahamkan pemandu bas bersama 15 penumpang tidak mengalami kecederaan.
Mohd Sani berkata, seramai 14 anggota bomba digerakkan ke tempat kejadian bagi memadamkan kebakaran dan menyelamatkan mangsa.
Identiti dua mayat mangsa masih belum dikenal pasti.

No comments:

Post a Comment