Muhammad Shaffiq Aiman Mohd., 15, me­ninggal dunia kira-kira pukul 1 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu disusuli rakannya, Muhammad Hakimi Sabri, 15, kira-kira sejam kemudian.
Dalam kejadian pukul 3.30 petang semalam, kedua-dua pelajar di sebuah sekolah mene­ngah berhampiran terlibat dalam kemalangan apabila motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta.
Ketua Polis daerah, Superintenden Ahmad Zailani Yaakub ketika dihubungi memberitahu, mangsa dari arah Felda Kerteh 6 dikatakan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta yang dipandu oleh seorang pengusaha restoran.
Beliau berkata, akibat pertembungan itu kedua-dua mangsa yang mengalami kecederaan parah di badan telah dihantar ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan lanjut dan meninggal dunia semasa menerima rawatan,” ujarnya.
Tambah Ahmad Zailani, jenazah mangsa dihantar ke Unit Forensik hospital terbabit untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga masing-masing untuk urusan pengebumian.
Menurutnya, punca sebenar kejadian masih dalam siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pe­ngangkutan Jalan 1987.