Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Mohd. Roy Suhaimi Sarif berkata, suspek pertama ditahan pada pukul 5 petang ketika cuba melakukan samun manakala rakannya ditahan pada pukul 11.30 malam berikutan meminjamkan sepucuk pistol yang digunakan untuk merompak.


“Permohonan reman kedua-dua suspek berumur 32 tahun itu dibuat pagi ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 3 Akta Senjata 1960.


“Kita merampas sepucuk pistol mengandungi sebutir peluru hidup dan motosikal Yamaha 125z yang digunakan suspek,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE