Ketua Polis daerah, Superintenden Noorzainy Mohd. Noor berkata, mereka ditahan ketika memeriksa ladang tersebut kira-kira pukul 9 pagi.
“Terdapat 500 pokok ketum daripada jenis ketum jambu dan merah ditanam di kawasan itu,” katanya di sini hari ini.
Ujarnya, selain tapak semaian ketum, mereka juga dipercayai memproses daun tersebut di dalam kawasan berkenan.
Katanya, dua beranak itu ditahan mengikut seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.  - UTUSAN ONLINE