Search This Blog

Wednesday, August 10, 2016

Drebar bas mati dihempap konkrit


Mayat Rasidi yang dihempap runtuhan konkrit di sebuah pusat judi.


BUTTERWORTH – Seorang kaki judi mati terperosok di bawah dinding konkrit dan siling sebuah pusat perjudian yang runtuh secara tiba-tiba di Jalan New Ferry di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7.15 pagi, mayat Rasidi Rashid, 55, dijumpai di bawah runtuhan timbunan dinding konkrit dan siling dengan mukanya tersembam ke lantai.
Mangsa yang merupakan seorang pemandu bas meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kece­deraan patah pinggang, paha dan kaki.
Semasa kejadian, dia dipercayai sedang bermain judi di premis itu namun dua pelanggan lain dan seorang penjaga pusat judi itu tidak ce­dera.
Premis yang berope­rasi 24 jam sejak dua bulan lalu dalam proses mengubah suai bahagian dalaman premis namun operasi di pusat judi itu diteruskan seperti biasa.
Mangsa yang tinggal di daerah ini dikatakan bekerja sebagai pemandu bas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0810&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz4GsuTIO8R 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment