Walau bagaimanapun, Leftenan Kolonel (B) Datuk Dr. Lee Chiang Heng yang dinamakan sebagai orang kena saman (OKS), tidak hadir ke Mahkamah Majistret hari ini kerana mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan.
Doktor pakar tersebut mewakilkan pekerjanya, Mohd. Idham Omar membuat pengakuan tidak bersalah selepas lima pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Bagi tahun 2007 jumlah cukai terkurangnya adalah (RM638,171,80) 2008, (RM1,282,035.16) 2009, (RM1,415,004.68) 2010, (RM1,549,877.13) dan 2011 (RM1,682,903.82).


Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Perniagaan Lee Chiang Heng di Suite 2.06 Hospital Gleaneagles Jalan Ampang, di sini. 

Dia didakwa mengikut Seksyen 114(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 yang memperuntukkan hukuman denda minimum RM1,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya dan hendaklah membayar penalti khas tiga kali ganda dari cukai terkurang bagi setiap pertuduhan sebanyak RM19,703,977.77. - UTUSAN ONLINE