NIBONG TEBAL - Dua buah tabung duit dan jam randik antik setinggi kira-kira dua meter di dalam Masjid Sungai Kechil di sini dicuri semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, kejadian pada awal pagi itu disedari Tok Siak yang kemudiannya membuat laporan polis.

"Pintu masuk masjid hanya ditutup dengan selak dan tanpa dikunci. Tabung-tabung itu berada berhampiran laluan keluar masuk ke dalam masjid," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis percaya kejadian itu dilakukan lebih dari seorang individu yang memasuki masjid melalui pintu sebelah tepi yang tidak berkunci. - Bernama