Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 10, 2016

Cucu penggal nenek direman



SUSPEK lelaki yang juga cucu kepada nenek yang dipenggal kepala direman tujuh hari di Mahkamah Majisret Kota Tinggi. FOTO MOHD AZREN JAMALUDIN

Izlaily Nurul Ain Hussein
izlaily@hmetro.com.my


Kota Tinggi: Suspek lelaki yang juga cucu kepada nenek berusia 76 tahun yang maut dipenggal kepalanya di FELDA Pengeli Timur dekat Kulai, petang semalam ditahan reman tujuh hari hingga Selasa ini.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Pendaftar Mahkamah Majistret Kota Tinggi, Hairul Azhar Mohamad bagi membolehkan siasatan dibuat terhadap suspek yang berusia 19 tahun itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek yang berpakaian lokap berwarna jingga itu tiba di mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi menaiki trak polis.

Malam tadi, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 8.30 malam dalam ladang sawit berhampiran lokasi kejadian, selepas dia melarikan diri sejurus kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang, suspek disyaki memenggal kepala neneknya dikenali sebagai Maimon Abdul Samad, sebelum warga emas itu ditemui dalam keadaan mengerikan.

Kepala mangsa ditemui di hadapan pintu masuk rumah, manakala tubuhnya berada di ruang dapur di bawah singki.

Kedua-dua kaki mangsa dipotong di bahagian peha tetapi tidak putus dan kedua-dua tangan dipotong, namun hanya sebelah kirinya masih berada di sisi tubuhnya.

Suspek yang tidak bekerja itu dipercayai mengalami gangguan mental serta tidak makan ubat sejak beberapa bulan yang lalu.

Hasil siasatan awal mempercayai senjata yang digunakan suspek adalah sebilah pisau berukuran kira-kira 15 hingga 18 sentimeter dan ditemui di dalam pasu bunga di luar rumah.
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 10:42 AM

No comments:

Post a Comment