Search This Blog

Loading...

Friday, August 26, 2016

Biar polis siasat - Ustaz Kazim

JUMAAT, 26 OGOS 2016 @ 11:26 AM

 Oleh Shaarani Ismail shaarani@bh.com.my

DATUK Mohammad Kazim Elias.


IPOH: Pengasas dan Pengetua Pusat Pendidikan Al Barakah, Datuk Mohammad Kazim Elias, tidak akan berkompromi dengan mereka yang mencemari imej pusat pendidikan itu berikutan isu pencabulan seksual didakwa membabitkan institusi kelolaannya seperti tersebar di media sosial.

Beliau berkata, dakwaan itu adalah serius dan pihaknya bekerjasama penuh kepada polis dalam menyiasat dakwaan berkenaan.

"Kami tidak berkompromi dalam apa cara sekalipun jika ia benar berlaku. "Kami akan menyerahkan siapa juga yang terbabit kepada pihak berkuasa untuk dihukum mengikut lunas undang-undang walaupun darah daging saya sendiri.

 "Ini adalah tanggungjawab kami sebagai umat Islam dan warga negara," katanya pada sidang media di Pusat Pendidikan Al Barakah di sini, hari ini.

 Ia diadakan bagi menjawab dakwaan berlaku gangguan seksual dan liwat didakwa membabitkan pelajar Maahad Tahfiz Darul Barakah kelolaan pendakwah dikenali sebagai Ustaz Kazim itu.

Mohammad Kazim berkata, pihaknya tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang memfitnah dan menyebarkan fitnah berkenaan hingga memberi imej tidak baik kepada Islam serta pusat pendidikan berkenaan.

"Saya juga akan membuat tiga atau empat laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh hari ini," katanya.

 ASRAMA pelajar lelaki Darul Barakah di Pusat Pendidikan Al-Barakah, Manjoi. - Foto BERNAMA  
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186846

No comments:

Post a Comment