Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 10, 2016

Bapa 4 anak perdagang remaja bawah umur





BERNAMA
Kuala Lumpur: Seorang bapa empat anak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, bagi pertuduhan memperdagang sembilan wanita warga Indonesia termasuk seorang remaja bawah umur, Mei lalu.

Chang Kar Fei, 34, yang tidak mempunyai pekerjaan mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan yang dibacakan di depan Hakim Allaudeen Ismail.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Blok 5-9-12, Kondo Seri Emas, Pearl Tower off Batu 3 1/2, Cheras di sini, pada 3.45 pagi, 3 Mei lalu.

Lelaki itu didakwa memperdagang remaja berumur 17 tahun dan lapan lagi wanita berusia antara 19 hingga 21 tahun bagi maksud eksploitasi.

Bagi pertuduhan memperdagangkan remaja bawah umur, dia didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda jika sabit kesalahan.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 12 akta sama bagi lapan pertuduhan memperdagangkan lapan wanita itu yang membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun

atau denda, jika sabit kesalahan.

Allaudeen menetapkan seorang penjamin dan jaminan sebanyak RM10,000 bagi setiap pertuduhan serta menetapkan perbicaraan bermula 12 Ogos ini.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Ogos 2016 @ 8:05 PM

No comments:

Post a Comment