Search This Blog

Thursday, August 11, 2016

4 sekeluarga maut kereta bertembung lori

Oleh Hanneeyzah Bariah baharin dan Faizul Azlan Razak

KUALA NERUS: Empat sekeluarga maut selepas kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Nenas, Tepoh, tengah malam tadi.
Mangsa yang maut dikenali Mustapha Abdullah, 56, dan anaknya, Azman, 32, manakala dua sepupunya, Alif Faizal Ismail@Ibrahim, 26, dan Sabri Ngah, 40-an.
Difahamkan, semua mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas kereta Proton Saga yang mereka naiki bertembung dengan lori tiga tan.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira jam 12.50 tengah malam tadi.
Katanya, seramai 16 anggota dari Balai Bomba Kuala Terengganu dan Balai Bomba Kuala Nerus bergegas ke tempat kejadian.
"Semua mangsa diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Bilik Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat," katanya.
Sementara itu, seorang anggota bomba bantuan Balai Bomba Kuala Nerus, Azlan Mustapha terkejut apabila mendapati mangsa kemalangan adalah bapa dan adik kembarnya.
Azlan berkata, ketika kejadian dia sedang bertugas di Balai Bomba Kuala Nerus dan bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan.
"Sebaik tiba, luluh hati saya apabila melihat mangsa adalah ahli keluarga sendiri," katanya.

Empat maut apabila kereta yang dinaiki mangsa jenis Proton Saga bertembung dengan Lori Isuzu 3 Tan di hadapan Sekolah Rendah hadapan Sekolah Kebangsaan Bukit Nanas Tepoh. - Foto Aswadi Alias

No comments:

Post a Comment