Search This Blog

Loading...

Wednesday, August 10, 2016

27 ditahan di ladang sawit




Antara penangih dadah yang ditahan dalam serbuan di ladang sawit di Sitiawan. FOTO Noor Hidayah Tanzizi

Noor Hidayah Tanzizi
am@hmetro.com.my


Manjung: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Manjung menahan 27 orang berusia 18 hingga 46 tahun dalam serbuan di sebuah ladang kelapa sawit di Pekan Sitiawan, di sini, yang dipercayai dijadikan lokasi penagihan dadah, jam 6 pagi semalam.

Dalam serbuan selama lima jam itu, dua remaja lelaki berusia 18 dan 19 tahun cuba melarikan diri dengan memecut motosikal mereka, namun berjaya ditahan penguatkuasa AADK sebelum ujian air kencing mendapati mereka positif dadah.

Ketua Pegawai AADK Manjung, Sharuddin Abd Salam berkata, tindakan dua remaja berkenaan berjaya dikejar dan dipintas anggotanya yang sudah bersedia menunggu dengan motosikal selama tiga minit.

"Serbuan itu hasil daripada risikan yang dijalankan AADK selama dua minggu dan daripada 27 individu yang ditahan 17 daripadanya positif dadah jenis morfin dan methampetamin manakala individu yang lain turut ditahan kerana berada di lokasi itu.

"Ketika serbuan dijalankan kesemua mereka sedang melepaskan gian dan kawasan berkenaan adalah salah satu kawasan yang diberi tumpuan," katanya.

Sharuddin berkata, AADK turut merampas beberapa peralatan yang disyaki digunakan untuk menghisap dadah seperti straw, sudu, tiub dan jarum di kawasan berkenaan.

Keterangan gambar:

PIX: Antara penangih dadah yang ditahan dalam serbuan di ladang sawit di Sitiawan.

PIX: Peralatan yang digunakan untuk menghisap dadah.

Tamat///
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2016 @ 10:52 AM

No comments:

Post a Comment