Search This Blog

Loading...

Friday, August 26, 2016

21 maut bas terjunam dalam sungai

DUNIA JUMAAT, 26 OGOS 2016 @ 1:00 PM

BAS dikatakan dalam perjalanan ke Pokhara dari daerah selatan Rautahat. - Foto Kathmandu Post

KATHMANDU: Seramai 21 orang terbunuh apabila sebuah bas yang penuh sesak terjunam ke dalam sungai di tengah Nepal, awal hari ini, kata seorang pegawai kanan tempatan.

Pasukan penyelamat berdepan kesukaran untuk mencari mayat dan membantu mereka yang tercedera selepas bas itu terjunam ke dalam sungai Trishuli dekat lebuh raya di kampung Chandi Bhanjyang, wilayah Chitwan. "Setakat ini 21 orang terbunuh dan 16 lagi berjaya diselamatkan.

Mereka yang tercedera juga sudah dibawa ke hospital untuk rawatan," kata ketua daerah, Binod Prakash Singh kepada AFP. Singh berkata pasukan penyelamat masih mencari di sekitar bas yang separa tenggelam itu bagi memastikan tiada penumpang yang terperangkap di dalam bas itu. Ketika kejadian, bas dikatakan dalam perjalanan ke Pokhara dari daerah selatan Rautahat.

Kemalangan sering berlaku di lebuh raya Nepal berikutan keadaan jalan raya yang teruk, tidak diselenggara dengan baik dan memandu secara melulu. Minggu lalu, sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh apabila sebuah bas yang sesak terbabas dari sebuah jalan berbukit di daerah Nepal Kavre dan terhumban ke cerun sedalam kira-kira 500 meter. - AFP

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/186882

No comments:

Post a Comment